Kisah duka lepas raya

12.30 tgh, phone berdering.

Suami : Ada nampak kamera tak?
Isteri : Mana ada, kan saya tinggal kt atas meja tu.
Suami : Abang tadi ada bawa kamera tu dlm poket pastu hilang
Isteri : Abis tu pasal apa tanya saya pulak klu awak yg bawak
Suami : Manalah tau... dah puas cari tak jumpa, last tadi masa kt kaunter urusan..
Isteri : What the????Sume nak boh dlm poket pas tu cicir....
Suami : Nanti cari lagi, nti abang tanya kt org kt kaunter tu..
Isteri : What the????@#$%^^&*
Monolog diri sendiri : dah sah lah hilang tu, mana ada org nak ngaku jumpa pun...what the??? !#$%%^^& punyalah banyak gambar tak semenggah dlm tu...

2 jam kemudian...telefon bunyi lagi
Angah nursery : Akak, Ammar...
Aku : Naper?
Angah : Dia tarik-tarik ni...
Aku : Hah? Dia demam ke?
Angah : tak tau pasal tadi elok je dia sembang ngan kitaorang
Aku : Abis tu camne dia?
Angah : Ni dah lemah ni.....Umi dah curah air kt badan dia...

Bergegaslah aku tengok budak Ammar dah terkulai lepas kena fit. Mintak Ummi Ton ubat anal utk demam dan bawa ke KJMC. Sampai kt sana suhu badan Ammar 40 c walau aku dah sumbat ubat. Nurse2 terus lap badan dia dgn air sejuk, Ammar menangis sambil ckp sakit kepala. Admit ke wad. Tonsil dia pun bengkak. Aku terpikir bahawa aku fail kali ni. Fail dgn sense keibuan yg selalunya boleh detect klu anak nak demam. Sumpah malam tadi aku tgk dia ok je. Kesal sbb bila Azhar ckp badan Ammar panas pagi tu tapi aku kata takde apa. Kesian kt budak tu sbb dia dah terjengket2 bangun pagi tapi aku kata drama queen finding excuses taknak gi sekolah. Damn aku, maybe budak tu dah demam sepanjang malam dan dah kekejangan kaki maybe. Kt sekolah cikgu kata dia aktif cambiasa, malah tak de le terjengket2 kaki dia walau pagi tu masa kt sekolah dia berjalan terjengket2. Whatever the virus/bacteria is, they must've been so cruel sbb mendadak attack budak tu.

Now the doc told us dia afraid Ammar kena meningitis. Sbb umur lebih 7 tahun tak sepatutnya kena fit bila demam. utk kepastian kena amik air tulang belakang. Off course kami takut nak bagi. So apa boleh buat is amik sample darah utk detect the bacteria. Rasa dunia berenti berputar sekejap. Serious tu. Bila aku baca pasal meningitis mmg very bad and serious condition. Doc kata dia akan buat treatment as meningitis, means kena bagi antibiotik until 7 days. Hem, lama lagi ke aku kt sini? tgklah, kalu demam dia dah ok dan suhu dah stabil maybe berulang dr umah je masuk ikut drip. Now, Ammar dah nampak ok, sempat mintak tgk Naruto dan dengar lagu Meet Uncle Hussain dan Kembali Ke Sisimu by Farah Asyikin. Memang budak tu jiwang juga orgnya, terpaksa le ayah dia dowload lagu2 tu bagi memenuhi permintaan budak demam. Malam tadi aku tak tido, lap badan Ammar sbb demam dia naik balik sampai menggigil. Lepas subuh demam dah reda, ni tatau le, nurse monitor setiap jam, harap he'll be okay n the blood culture test will be a negative one. Harap doctor tersilap kali ini, God help.

Jgn pernah sangkal bahawa hidup ini sempurna, tidak pernah aku sangkal. Pun takde masa utk berlakon semuanya perfect. Aku sgt telus dlm kisah hidupku, ada anak istimewa sebenarnya buat aku jadi sempurna. You are how you take it whether positively or negatively. Hidup ini bukan berkisar pada yg buruk2 aje dlm hidup sbb ianya terlalu singkat. Hidup ini ada up and down, ada ranjau dan durinya, we swallow apa yg pahit utk diri sendiri dan berkongsilah cerita gembira to the whole world coz you'll make the world happy. Jgn bimbang kawan sume, kami ok2 saje. Ada masa aku teruskan jurnal raya ke 3 aku (tunggu ye kak wawa yekkk...)

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet