D13 : Penangan gulai nangka?

Semalam masa tgh berehat2 sambil layan citer seram tak seram lawak tak lawak kt TV3 tu tetiba perut aku memulas2 bersommersault. Memula sikit pas tu adussss tak tertahan lagi cam ada org twisted tali perut aku. Cenggini ke org nak beranak ek? Dgn kesakitan tu aku pun berhibernasi lah dlm toilet tapi haram tak mau kuar apa pun. Perut makin sakit adalah. Setelah berhempas pulas dan berpeluh2 badan ke sana kemari serba tak kena akhirnya, sahlah aku kena cret. Habih minyak panas aku sapu kt perut. Nasib la sekali jek tercret tu, sampai lah aku tertido ke pagi. Aku pun suspen takut gelombang kedua mari lagi tapi alhamdulillah ok sampai ke pagi. Cuma aku rasa angin pasang bergelora dlm perut aku ni sampai la ni. Bila aku tanya KLK yg makan benda yg sama steady plak budak tu. Ke sbb eksesori lain yg aku makan masa buka tu ek? Ke sebab perut aku la ni dah tak tahan makan pedas. Semalam aku masak ketam bercili (api) dan gulai lemak cili api nangka. Dua2 sama pedas, dua2 berapi, dah jadik iklan maggi berapi la pulak. Pas tu KLK pi beli buah kerdas (geduak ke?) kt supermerket, pastu KLK buat 8th wonder of the world lagik... maunya perut aku tak sommersault.

Moral of the story, janganlah dera perut yg dah seharian menahan pedih akibat kerembesan jus pankreas tu dgn menelan benda2 berapi camtu. Sian tali perut tuuuu...

Anyway, aku tempekkan jugak le juadah berbuka aku

Ketam masak kicap bercili, enak dimakan begitu sajaaaa....oh gardenia...

Bahan A : Memula kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Bahan B : Kemudian tumbuk cili api bersama bawang putih. Tumis B dulu kemudian bahan A. Ketuk barang sebuku serai.Tumis hingga pecah minyak dan perasakan garam dan gula. Masukkan ketam, gaul sebati dan masukkan air dan tutup kuali seketika utk ketam cukup masak. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato, sos tiram dan sos cili sket. Dah masak dahhhh...O yea, lumurlah dulu ketam ngan sikit kunyit sebelum masak. Garam jgn banyak sangat aaa...

Masak lemak cili api nangka, nekmat dinikmati bersama 8th wonder of the world. Bhn2 ditumbuk bersama segenggam ikan bilis, aku nak boh ayam sebenonya tapi tak jumpa pulak ayam dlm fridge tu.

Di accompany dengan telur masin plak tu...

Oh yea, esok insyaAllah aku balik Kuantan for the weekend cuti, kebetulan encik aku pun dpt off 3 hari. Nak balik tengok mak ni yang katanya 4 hari tak bangun tu sbb gula dia naik tinggi melambung,,,hai mak, mak, tak serik2 dia tak jaga makan tau...

Comments

Popular Posts