Sunday, September 27, 2009

Countdown Raya Part 2

Ni kira n3 dah lemau ni tapi takpe, teruskan.

Lagi sari dua nak raya tapi persiapan raya tak siap2 lagi. Niat nak serbu jalan TAR diteruskan pada hari Jumaat tu ketika tgh bertungkus lumus membersihkan dan mengemas rumah. Dalam hati tgh berkira dgn harapan encik bos tak le tergesa2 nak balik kampung dia. Mission accomplished. Tak sempat nak cari tudung kaler yg diidamkan, maka tuko plan B, tak jadi pakai baju raya kaler hijau, jadik kaler purplelah 1st raya tu nampaknya. Malam tu mengagau carik baju melayu kaler purple kt yeop Sr. and yeop Jr. Ok, jumpa. Malam Sabtu tu tido kul 2 pagi lepas sambung mengemas umah dan menggantung langsir. Dah boleh balik kampung dgn tenang. Sampai Telok Bakong dah tengahari dan org tgh sebuk mengacau rendang dan membakar lemang (kenyataan yg suka hati). Oklah, aku repay balik masa pagi raya dgn memasak nasi tomato dan ayam masak merah. Tahun ni masak yg simple2 dah le, kang org dah balik semayang raya aku masih berlemuih kt dapur, so raya ni aku buleh le tenang dan aman sambil perasan lawa di pagi raya.

Apsal sume pun nampak lawa2? Termasuklah promoter tu sekali.

Layan perasaan dlm Sogo. KLK kata beg ini tersangatlah buruknya sbb ada 2 biji spark plug, ok apa, buat standby masa sesak mana tau.

Akibat membersihkan rumah setahun sekali (time nak raya saje). Warning : don't do this at home people.
Anda sebenarnya sangat macho bila berpakaian begini ketika mengemas rumah.


Treating ourselves at Rasa Thai after the hard work. 7 dari 18 biji gelas (lebih2 la kau...) adalah gelas kami bertiga yg punya, bukan Man Belon yg punya. Punyalah haus ngalahkan abang indon kacak wat keje. Saat bahagia tercipta di sini ketika sedang que amik makanan, senang citer ikut dialog dibwh:
Seorang Adik umur 7-8 tahun, diulangi, kanak2 bawah umur tlh bertanya kepadaku : "KAK, ni air apa?" Oleh kerana terlalu excited aku telah menjawap, "Air sarsi, dik", walau aku tahu itu air cincau. Namun jika adik itu bertanya padaku ala2 iklan Petonas "burung apa kak?", eh, "air apa kak?" 5 kali pun aku sanggup jawap, tapi kali ke 6 klu dia tanya lagi aku akan suspek adik itu mengalami autisme (cakap berulang2).
Momen kedua bila sorang akak in her late 30s I guess pula bertanya kepadaku : "Ni kuah laksa ke DIK?". No need to story, I was in cloud 9. Eceh, perasan giler la kau boleh blah.

Ok, sekarang masing2 dah jumpa baju Melayu kaler purple masing2, sila beratur utk bayar, besok buleh balik kampung dengan amannya. Telok Bakong, East Boston (Bota Kanan), Lambor Kanan, Parit, Here We Come!!!!!!!

Sangatlah bestnya on d way balik kampung sambil dengar lagu Balik Kampung Sudirman. Tetiba telinga aku terdengo lagu ini dah jadik lagu kaset rosak bila errrkkk jalan terjem cenggini.

Kita berjumpa lagi dikeluaran akan datang edisi khas raya...tunggu.....

2 comments:

Amri Mat Saaid said...

ade ke kome malam jamuan raye tu

Yong Kamariah said...

ade yeop, keme pegi sekejap je sebab nak balik dah ke kelompo malam tu jugak

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife