Saya tidak ditakdirkan untuk jadi cikgu.

Pernah tak annoying giler sampai rasa nak hempuk orang? Macam tengah bercerita dgn penuh khusyuk dan tawaduk kt seseorang dan bila tiba ayat last anda org itu cakap "ada aku kesah"?. Annoying giler. Cam tulah aku rasa beberapa hari lepas, but this time happened to be kt my anak. Tapi ayat dia lebih catchy iaitu "Wak luu...". Pernah dengar ayat itu? Kalau tak - mungkin bermakna anda masih hidup dalam zaman kemasyuran Syarifah Aini dan D.J. Dave lagi, atau zaman rap gaya A.C. Mizal. Termasuklah saya, saya cuma dengar ayat ini setelah mempunyai seorang anak buah yg muda belia tinggal bersama saya.
Nota : rasa sgt murni guna gantinama 'saya'. Aku sukaaa.

Berbalik kepada topik, beberapa hari lepas, saya jumpa nota cikgu/sekolah dlm beg sekolah Ammar. Minggu ni minggu exam katanya. So cikgu tulis topik untuk revision berserta buku homework. Oh, baru saya tahu itulah yang anak saya belajar selama ini. Bukan salah saya semata, sbb amat jarang cikgu bagi bebudak ni bawak balik homework, barangkali takut buku itu akan jadik perisai alteromen, atau jadik pembungkus nasi lemak kalau tak pun hilang di mana2 andai harap bebudak ni bawak balik umah. Antara topik yg cikgu highlightkan adalah :

Apakah aktiviti yg boleh kita dilakukan pada waktu siang dan malam (tak sesuai utk org yg ada otak biru dan kuning)
Bentuk2 Objek diseliling anda e.g. triangle, heksegon, pentagon, dll.
Wangi atau Busuk? (ada gambar tong sampah yang berasap)
Benda hidup dan tak hidup (anak saya kata meja itu mati sbb lawan hidup adalah mati - jgn salahkan dia yg ada otak lurus)
Benda yg beri cahaya dan tidak (waktu perayaan Deepavali amat sesuai utk menerangkan ini kepada dia sbb jiran saya pasang lampu lip lap tu sampai ke pagi)
Nota : Topik2 tersebut telah ditranslate kepada bahasa ibunda
Jadi malam itu saya amat berkobar2 mengajar beliau dengan topik revision ala2 cikgu Bedah. Ammar jawap soalan saya satu persatu tanpa pandang saya mahupun buku tersebut . Beliau berada di alam fantasi tapi saya impress juga sbb mulutnya masih berfungsi walau otak dia ke alam lain. Saya tak tahu teori apa simptom seperti ini. Tak lama kemudian beliau mengeluarkan ciri2 autistic seperti hyper suka giler sambil melompat2 dan selamba melayari youtube dan menikmati lagu favorit dia Akim Bengang (ye beliau sudah pandai mengyoutube sekarang). Now saya yg Bengang giler. Darah dan adrenalin saya segala mendidih ketahap 100 darjah c. Bila saya guna highest pitch saya yg selalu ke laut itu suruh dia fokus balik saya macam terdengar dia cakap 'Wak luuu...".

Now adrenalin saya dah meletup, saya rasa nak hempuk orang. Tapi disebabkan saya sedang berada dlm tahap redho maka saya cool juga sambil tahan juga nak ketawa. Saya pura2 anak saya secara tak tersengaja menyebut perkataan tersebut hasil dengar guarauan sepupunya yg selalu guna perkataan itu. Now nampaknya topik2 yg tersenarai di atas mungkin terlalu easy bagi budak ini. Saya cuba mengajar teorem phytogeras pulak, eh, tak, tak, saya pun ingat2 lupa kt teori tersebut. Oklah, saya buat bodo sambil cool down amik nafas panjang2, beristighfar dan berehat sebentar dgn kitkat. Saya tewas, saya tidak ditakdirkan untuk jadi cikgu. Setengah jam kemudian, barulah saya tersedar yg budak ini telah buat aktiviti lain seperti gambarajah di bawah:
Pernah dengar terms computing input output tak? Lain yg di ajar lain yg keluarnya dari otak dia. Sekarang saya tahu inilah yg meng cloudkan otak budak ini, penuh dengan karekter2 karton. Dia juga telah melabel ini sebagai "Caton tv9". Mungkin dia nak menyampaikan mesej 'kalau tak subscribe Astero Cartoon Network pun tak per sbb kt tv9 punyalah berlambak karton'. Maafkan dia, logo tv9 dia tak menjadi, mungkin dia nak mengelak royalti iklan agaknya. Oh yea, Anas itu adalah teman BAIK dia kat sekolah. Nampaknya dia masih kompius samada Anas itu BAIK KE JAHAT....

Bila saya terbalikkan kertas ini, damn....what the ..? saya rasa inilah kertas hasil ujikaji atau revision sepupu Ammar yg keje kt Jabatan Kimia itu. Saya berpura2 tidak mahu ambil tahu mengenai ini. Sekarang anak buah saya itu boleh jerit "Wak luuuuu...." sekuat hati sambil mengalirkan airmata darah.

Tak dapat saya nak hempuk budak ini kalau buat muka begini selalu. (Saya yg suruh dia berposing begini sbb boring tahap Alteromen-tak-dek-raksaksa-nak-dikerjakan-sbb-Jepun-dah-kurang-gempa-bumi. Kerana dia selalu berposing sambil bagi simbol peace (boleh rujuk gambarajah di bawah ini-bukan-iklan-ubat-gigi-tanpa-flourida).

Saya sengaja nak enterprame di sini. Tgh makan char kuetiow kegemaran dan kesayangan sekeluarga yg femes di Lembah Kelang Lama. Pergilah gerai SMS kt Taman Medan dan anda akan berasa tidak kecewa dgn CKT dia. (dan beritahu dia saya promote dia dgn harapan dpt buy 2 free 1 di masa akan datang).

Mula nak bagi tajuk WAK LU kat entry ni tapi tak jadi kerana ia mungkin akan mengganggu ketenteraman awam.

Di En.

Comments

Normi Ali said…
kelakar le yong.......boleh jd penulis ni...congrats...anda telah menceriakan pagi saya ....
Yong Kamariah said…
oh ye ke puan normi, good to hear tang "menceriakan' pagi saya, menulis ni ikut mood je normi (ke adik ke kak?), klu tak dek idea idok le saya dpt tulih mengarut2 cam ni, tu kira boring tahap maksima la tu klu dpt tulih lagu tu.....sebenarnya saya ni jiwang karat jugak cuma segan je nak nulih jiwang kt sini hih.
Normi Ali said…
yong, saya 35 thn....seyes,saya terhibur baca blog yong ni. maaf, nak tnya, Ammar ni autisma ke?
(betul ke eja ni).
Yong Kamariah said…
oh sebaya la kita ni normi, ye, anak saya ada mild autisme, masuk kelas pendidikan khas. Doctor pun sebenarnya tak dpt bagi black and white dia betul2 kategori autisme ke, hyper ke, adhd sbb simptom2 sume tu selalu bertindih, so dia diagnos mild autisme saje.
Telok Bakong said…
salam

dr. hospital mane yg diagnos
Yong Kamariah said…
mcm2 hospital, H. university, HKL, sume pegi. buat assessment macam2
Amri Mat Saaid said…
memang lerr sbb tak ramai yg pakar dalam hal autistic ni, skrg ni amar sekolah kat mane
Yong Kamariah said…
kt sekolah Sri Kelana, KJ
TBO said…
boleh bercakap ke amar tu, kalau boleh memang ler mild autisme
Yong Kamariah said…
boleh la ckp tu, susunan ckp tu ada lintang2 sket, umur 6 thn masuk NASOM setahun
TBO said…
masuk NASOM tu bilerr , che wah macam sb le pulak, saje nak tahu

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA