Jurnal Raya 2

Raya kedua, malam lepas sambutan hari raya sekampung Telok Bakong kami bertolak ke KL dkt kul 11. Tak kira dah walau deme soh balik pagi2 aku tetap nak singgah KL dulu salin beg dan baju, klu aku bertolak pagi raya ketiga tu pun ntah bila le aku sampai umah emak, nasib aku le kena merentas banjaran titiwangsa bagai d in between 2 moms. Walau aku cuba sedaya upaya utk mengeraskan biji mata supaya jgn tido tapi apakan daya, 5 kilometer yg pertama aku dah krohhhh, konon nak temankan encikku drive memalam ropanya harammmmm tak buleh harap langsung....Pagi yg dah tak pagi sgt tapi sempat le tapau set MekDi Breakfast dah-tu-je-yang-ade bertolak le ke kampung halaman ku Bukit Goh yg tercinta, klu sebelum tu beraya di Telok this taim beraya di Bukit pula. Sesampai je emak menyambutku dgn wajah tersenyum sambil kata nasi dagang tu mok masok esok lah...alhamdulillah, berarti emak masih sihat ala kadar taim raya, emak cam tu la, klu anak balik yg tak sihat jadik sihat. Anak yg dok Teganu sume dah balik ke umah masing2, tinggal le adik beradik yg tinggal di Lembah Klang dan di Kuantan, tak pe, meriah tetap meriah...

Mari kita susuri jurnal raya di Kuantan pula....

Sekitar raya ke 3, 4, 5 dan 6.

Rombongan beraya Cik Mah... emak jangan pikir byk sangat baper nak sedekah duit raya tu...

Syahdu dan nostalgia giler bila dilayan sebegini rupa, oh yea, air oren lagi...

Pelbagai motif dan corak bunga boleh didapati pd gelas-gelasan dlm dulang ini, emak, sekarang kita dah ada geng, welkam to d club...

Dan ini, motif terhangit dipasaran, Wolverine sila jangan makan hati...


Emak mengunjungi sepupunya di Chini, jejak kasih warga emas yang berwajah ceria di hari raya.

Bebudak ini sedang membincangkan isu duit raya dengan seriusnya, tak senonoh tau bebudak ni, depan tuan rumah terus dikoyaknya sampul duit raya, klu RM2, Rm5 henggit takpe la jugak, naknya 5 kupang tak ke drop waterface tuan rumah tu...

Nah amik ko sebijik...kan dah kata...pertumpahan darah hampir berlaku disbbkan isu duit raya....



Gunalah cat Jeton supaya rumah anda berseri2 di pagi raya... sumpah hoh berat aku mau naik 5kg by this taim...oh yea baju purple tu bukan siaran ulangan yek, ha kan dah nak kena explain padahal takde org heran pun...Dan juga beg raya spark plug baru khelas mak...

Masih menangisi isu duit raya...
Dapat juga makan nasi dagang emak raya ke empat

Menikmati sepinggan nasi dagang dianjung umah emak. Dua org lelaki itu masih dlm tema hari raya manakala mother queen dah pakai blaus, kelas la emak...eh, sebenonya mak baru lepas semayang Zohor tgk tu anak tudung pun tak tanggal lagi.
Setakat ini saje pada kali ini, Jurnal Raya ketiga menyusul.
Di En.

Comments

¥Ã£mdã said…
sgt bestnya beraya mcm ni!! SANGAT BEST
Yong Kamariah said…
mmg best beraya di kampung laman mana nak sama beraya kt pekan yam, Yam, bakpo mu block blogmu yam? kan tokleh doh nok tatap wajohmu hok awet muda tu....
¥Ã£mdã said…
dah ok la yong. dah buleh bukak dah. tp aku lum lg update apa2. tak dak cerita la
¥Ã£mdã said…
dah ok la yong. dah buleh bukak dah. tp aku lum lg update apa2. tak dak cerita la

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet