N3 bila nak raya (ke takde keje)

Raya dah nak dekat, diriku ini masih ada lagi wish list yg tak tertunai dihati, jadi siapakah yg harus dipersalahkan?

A. Dirimu yang dah pokai (harusss...)
B. Kamu telah kehilangan skil membodek suami
C. Gaji belum dapat lagi (bos, ada bonus tak raya ni?)
D. Jiran kamu yang selalu memprovoke kamu dgn karpet Bangla bayar ansuran
E. Kamu sebenarnya boros
F. Kamu sebenarnya tamak haloba
G. okaylah, sebab kamu tak dek duit la senang citer...
Apakah wish list kamu yang belum tertunai itu?
1. Sebiji kereta BMW mata tenuk ... eh, eh, lari topik
2. Seorang anak pompuan... kamu mmg suka merepek...
3. Sebiji banglo... hoi mak yong, wake up woman!
4. Ok, ok, mari berbalik kepada topik sebenarnya
5. Bersesak2 di Jalan TAR - aktiviti kerohanian yang hampir wajip tiap kali nak raya tapi mampukah aku buat tahun ini?
6. Berbuka di Restoran Insaf - okaylah, yang ni saya dah insaf, dah tak dek ISO lah rasanya
7. Sepasang (ingat tu sepasang je tau..) baju Melayu anak
8. Kalau tak sepasang, 2 pasang baju Melayu untuk suami, oklah, ikut suka pasang dialah sbb duit dia
9. Pergi pasar karat kt Shah Alam kot, apa ke jadahnya tudung yang aku beli RM40 buleh dapat RM10 kt sana? sapa nak jawap tu, sungguh kejam...
10. Pergi merambangkan mata ke shopping mall (wish ni sungguh senang di command kan).
10 dah lah dulu sebab tahu akan jadik 34 di kemudian hari.
Gambarajah di bawah tak mewakili pola perenggan citer di atas okes....
Sungguh mengerikan... KLK yang tak sudah2nya ngan warehouse sale.. apakah jadahnya turut membeli toys2 ini mentang kata harga dah murah dan mentang kata kakitangan awam dapat bonus yg dibayar 2 kali itu? sungguh tidak logik kenapa beliau tidak saja membeli alat mekap, kasut atau baju yang mana boleh perkongsian pintar dengan mak sedaranya?


my first online shopping beli tudung yg dinamakan tudung Engelina Joli, eh, meraban, tudung ala2 CT (bilakah nak ada jenama sendirik ni), bila aku ngetest dah jadik cam saudagar unta pulak muka aku tu, sowilah Elmo pinjam kau jadik model terlampau kejap, eleh, kau pun suka sbb tu ko sengih melopongkannn...

kuih raya cap tunjuk yang nampak gayanya tak sempat beraya tahun ini, sungguh heaven rasanya....
oh my all taim pebret.... sambal tahik minyak mak yg aku tapau masa balik kg ari tu, walau namanya busuk tapi rasanya heaven giler, belum sempat menurun resepinya lagi...

tak insap2 lagi ke Mak Yong... ketam lagi dan cili lagik..heaven...

Indon2 kacak yang tgh tak dek perasaan merobohkan pagar aku...sungguh kejam mereka ini...



Hari ni tetiba rasa jambu sket echehhh... ok, tipu, tipu, nak tumpang gelamor sebenonya dan utk menunjukkan kepada dunia betapa berseleraknya tempat aku ni... sungguh tidak bermoral...

Di En.

Comments

Az said…
Yong, suker laa baca N3 Yong ni - especially gambo kak Siti Elmo tu...he!he! Sambal tahi minyak tu serunding ker atau sambal goreng atau lauk special Pahang? Konpius tengok! Teruskan usaha anda...majulah sukan untuk negara!
Yong Kamariah said…
alah, saya tak perasan ada comment yg ini. Hai Az... sambal tahi minyak itu cam serunding la tapi dibuat dari tahi minyak, tak pasti asalnya dari mana tapi emak org Teganu gamaknya resepi org Teganu lah tu

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet