Berjoli bash

Ewah wah waaaah, berjoli aje mak yong sejak minggu lepas. Starting with tengok wayang sampai le makan2. Bukan selalu dis domestic queen dpt chan camni kan. Tapi sebenarnya ni budget tak de ide nak boh apa kt entry.

Sumenya bermula bila my bro Ajie dtg kursus KL and stayed 2 mlm at my house. Memula bawa ke Sate Hj Samuri yg bukan dkt Kajang. Oh yea, masa tersesat barat cari jalan dak Ammar dah lapo giler, dia pandang kt satu resto yg meriah namanya pun "Happy-happy-ntah apa tah tak ingat" jadik dia kata "ha, tu tempat makan', so aku kata, 'Son, kt situ tak boleh, tak halal nak". dan dia kata "Halal tu apa?". Hoh, crap, susah nak jawap ni tanpa perasaan racist ke apa. Nak citer dari sudut keagamaan pun dia cam tak paham je lagik. Mamanlai, sekarang dak Ammar sedang belajar ttg race, so soalan kegemaran sekarang : "Ammar apa? Ammar Melayu", dia jawap balik. "Kit Soon apa? Kit Soon Cina", jawap dia sendiri. Hoh, lega Umi Ammar dpt differentiate n learn something ttg bangsa. Next question, "Iman apa? Iman Cina..". Crap, maybe dia differentiate by tone color skin nih.


The other night pi bawa Ajie n d geng makan kt kedai Pondan (hoh kenyataan 'racist' jugak ke ni?). Kedai ni org kt area sini panggil kedai Pondan sbb yg jaga/milik kedai ni adalah BangKak yg smokin hot tapi cam dah insap gitu ala2 BangKak yg baik sbb cam ada anak angkat baby gitu sorong ke mana2 stroller kt resto tu. Sgt comel dia.

Ari Ahad lepas antar dak Ajie kt KL Sentral pi Cadbury warehouse sale kt Sri Petaling. All good bargain, selling like goreng pisang panas. Biasa arr, budget2 tahun depan nak abih tarikh luput jual murah2 giler, tapi tak kesah, coklat tu kompem habih satu hari pun klu bagi bebudak mengadap. Aku tgk ramai org habih ratusan ringgit borong coklat. Aku habih RM100++ budget buat amal kebajikan kt sedara mara, teman2 and kt nursery dak Ammar. Dgn harga tu pun byk dpt coklat. Budget beli lebih tolong belikan kt bebudak opis juga (dun wori tak mark up harga naa).

Antara hasil tangkapannya. Chocettes 90g dlm kotak tu 2 hinggit je sepeket. Coklat bar assorted nuts 40g tu singgit je satu bar kecik tu.

Oh yea, ada org pi amik hadiah kt penyampaian hadiah sekolah last week. Gambo ni slack sket, taim Ammar je gambo jadik gelap.

Di En.

Comments

Popular Posts