Selamat Hari Jadi!

Hari ni bertempat kt dewan sekolah Ammar guru2 dan ibubapa meraikan harijadi anak2 PPKI yg lahir bulan July - Disember. First half ari tu mereka buat kt One Utama, diskriminasi nih! Anyway, majlis tetap meriah dgn kehadiran bebudak ni yg mmg sedia meriah, ibubapa, cikgu2 dan beberapa pihak penaja. Ingat tak mo pegi tapi tak pelah, jengukkan diri kejap. Layankan aje le gambo2 dr kamera henpon aje, hai nasib badan... bilalah nak dpt ganti kamera bebetul nih...

The kids bersedia utk acara potong kek. Tak dan pulak tgk persembahan murid2, dah mari lambat tu..

Jgn tenung lama2 Ammar, cair plak kek tu karang.

Kt situ pun takdek toy dak Ammar oi...

Tunggu kita nyanyi lagu besday dulu

Tengok tu.. belum nyanyi lagu dah habih tiup lilin dahhh. Kids bergambar dgn bro2 n sis2 Taylor's College yg menyeponsor sume kek ari tu. Tima kasih dehh...

Budak depan tu asek mintak nak berposing aje, pulak tu satu irama je mereka ni bergambar, asek2 simbol keamanan yo.

Yum, yum, tima kasih juga KFC sbb sponsor meals kt bebudak ni. Oh yea, tahun ni maskot tak dtg laaa.. Aww mak, beria beno budak tepi sekali tu mamah ayam.

Makan nak, makan...

Yeay! Dapat hadiah juga...

Ini tak tahan ni, tgk lah linangan air mata budak ni. Bila tanya sbb apa tak nak jawap, asek2 sapu air mata. Last2 Ammar tolong jawap, 'sebab dia cari Ayah dia, Ayah dia tak de lah...". Oh kesian dia, mintak ayah dan mak. Mak ngan ayah dia tak dtg ropanya. Buat aku sebak aje, aku bukan boleh tgk bebudak kesedihan camtu walaupun aku ni garangnya tak semiak. Last2 aku le jadik mak angkat kejap, sampai budak ni nak ikut balik. Nasib la aku dtg, klu tak ntah2 budak ni ada kawan nak nangis sama...


Parents pun boleh kenyang juga.

Di En.

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet