Mood

Mood aku sgt tak stabil kebelakangan ini. Badan aku plak dlm seminggu ni seram sejuk nak demam kura sume ada, probably jangkit kt hubby yg demam last week (oh yea rasa sangat mithali tulih hubby).

Macam semalam, hujan sepanjang hari. Badan aku rasa dah gigil kt opis. Balik keje masa nak ke parking kena hujan lagi, dlm kete keterpaksaan pasang ekon pulak. Oh tak boleh jadi, aku sangat panas didalam tapi sejuk gedi di luar. Jadi tahap gigil. Masa nak maghrib kena mandi, aku buka tap aku rasa aku jadik cam king of zimbabwe yg minum air coke pas tu sebut burrrrrrrr. Effectnya pada badan sekali turut menggeletis. Water heater aku plak dah seminggu rosak budget tgh bulan biasalah macam2 benda jadik. Aku pasrah. Aku tak sanggup jadi mandi p.ramlee tapi aku bernekad utk cuci yg mana patut je.

Sedar2 aku dah tertido atas katil berbungkus sambil menggigil. Anak aku dah pasang ekon tahap 16 darjah C rupanya, what the??? Pastu terdengar Ammar ketawa mengekek tahap nak semput. Oh patut lah, tgk citer Pendekar Bujang Lapok rupanya. Aku turun bawah dan bingo... ada nasi dlm periuk. Encik aku masak nasi tghari tadi ni. Terus saja aku sental nasik ngan lauk sayur keladi dan sambal belacan buah bacang yg encik aku tapau siang tadi. Barulah aku rasa mood aku stabil. Pastu aku naik atas dan panjat atas mesin skala berat. Woh! 65kg.....what the heck??? Tu pun setelah aku adjust skala tu bagi betul2 balance. Oklah tu, dah turun 1 kg walau baru sental nasi. Sekarang mood aku tak stabil balik. Aku telan 2 biji panadol dan tido balik. Tu je nak citer.

Comments

Popular Posts