Thursday, November 26, 2009

Kesan ubat dan Selamat Hari Raya Idul Adha!

Kesan dr sebatan seliang dua dak Ammar nampak lebih compliant dgn segala arahan dan peraturan (aku rasa plg lama 3 hari je ni). Tulah aku kata, kena bagi 'ubat' sbb lama no dah mua. Dia kena belajo nak kontrol sket emo yg keterlaluan camtu. Semalam dia dlm mood tersangatlah terkontrolnya walau pun kalah byk kali masa main game. Selalu dia akan mendengus sengsorang tak pun menjerit lepas perasaan klu kalah game. Satu benda aku respek budak ni dia tak tau mengalah, dia akan cuba n cuba lagi sampai dia menang, pas tu dia akan melompat dan lari dekat emak sambil cakap : yeaaayy, Umi, Ammar menang! cenggitu. Semalam hek pun tak, hok pun tak, insap tobat nasuha segalanyalah. Yelah tu, insap2 ayam.

Beralih kepada topik lain aku rasa komposer lagu kt Malaysia kena buat lagu hari raya korban dlm sebijik dua buat meriah nak sambut raya korban akan datang. Am talking about muzik arus perdana, bukan indie ke, nasyid ke, sbb dlm kete tak berkumandang pun lagu2 buat naik semangat sambut raya. Balik2 lagu bebudak AF dan lagu Indon. Semalam hanya terdengar lagu "Abang Pulang". Kesian aku rasa DJ kena screening lagu raya yg tak sebut "Aidilfitri".

Masih dlm topik raya korban ni, insyaAllah kami sekeluarga akan balik ke Kuantan lepas semayang raya esok. Encik A still kena keje malam ni before his long vacation. Tahun ni kami niat nak buat korban, amik 3 bahagian. Mak Su Sarah yg settlekan sume carik lembu segala pastu kita sume cadang nak wat kenduri dan tahlil arwah Ayah. Yg buat aku reluctant sket tang kena masak. Gila apa ni nak soh aku masak kenduri kendara? Masak sebelanga buleh le, nak masak byk2 pitam aku, bukannya reti. Adik aku kata tak pe, kita belasah je le, so kita belasah je le lusa ni kang. Untuk esok aku akan masak nasi minyak, ayam masak merah, daging prune masak hitam n acar mentah. Malam ni mesti dah ready masak, esok tinggal masak nasi je sebelum kelam kabut nak balik kampung. Nampaknya mood masa keje hari ni terkorban disbbkan mood nak cooking dah mariiii dan haruslah kejenya browsing resepi blog masakan sana sini ngeh ngeh. Oh yea, bos opis dah balik kampung hari ni, selamat hari raya Idul adha bos!

Selamat Hari Raya Idul Adha untuk semua, sesungguhnya kita semua sebenarnya banyak berkorban dlm kehidupan ini tanpa kita sedari. Adios, berhati2 di jalan raya!

No comments:

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife