Nota random

~Lately Ammar selalu sebut nama sorang budak. Kalau nama cam Amin ke, Syafiq ke, Razali ke, aku tak kesah. Annoying betul aku rasa. Budak ni buat orang la, org buat budak ni la. Budak ni makan nasik lemak 2 pinggan la, eh, tak, budak ni tak kuat makan pun macam dia. Sume pun nama budak ni. Satu hari aku terpanggil utk menasihati anak aku ni, "Son, tak baik ejek2 nama org tau. Kalau org ejek nama kita takpe, lantaklah. Jangan kacau orang tau...." Tapi kalau ada ejek cam Ammar pondan ke ckp kt Ummi boleh kita kapow sesama, eh bukan, line ni takde. Hem, buat curah air kt daun keladi je kalu aku ckp dan dia tgh ketuk2 Spacebar dan arrow -> kanan dan <-kiri. Sehingga satu hari sesampainya di depan pintu kelas dia tak mau masuk. Dia cari budak tu. Cikgu kata budak tu belum sampai lagi. Aku tanya cikgu Sue, betul ke budak tu nama tu? Takut dak Ammar saje reka2. Cikgu Su gelak kata hanya Ammar sorang je dlm kelas ni bagi honor kt budak ni sekali ngan nama bapanya. Oh lega aku, bukanlah Ammar saja reka2. Aku sangat takut kalau dia ada ciri2 ejek nama org lebih2 lagi bunyinya agak tidak biasa didengar. So aku kata kt Ammar, "Son, berbaik2lah dengan semua orang, lebih-lebih lagi jika nama orang itu Iman Poniran". Ok, Iman bin Poniran, to be exact.

~Kids dgn ciri2 autistik sngat mengikut peraturan walau selalu tak mematuhi arahan. Kalau dia dah set dlm otak dia benda ni kena macam ni, so kenalah camni, tak boleh macam tu. Pagi tadi cam biasa aku tergopoh gapah keluar rumah. Sampai kt traffic light Motorola kenderaan yg nak menuju ke LPD/Kelana Jaya sedang dibenarkan jalan. Aku terus le racing apa lagik, dah le lambat anak aku ke sekolah. Tetiba aku nyaris tak brek mengejut sbb Ammar teriak 'Heyyyy!!!! Stop!Stop lah! Lampu red kena stop la...!! (Tanda seruan lebih memberi effect pada cerita). kurr semangat. Aku kata, "Son, kalau polis ada tak pe kita jalan even lampu kaler red pun". Ammar frust giler hari ini. Tapi polis traffic punya pasal dia terpaksa ok (dia sangat takut polis trafik).

~ Raya beberapa tahun lepas kitaorang melawat kubur, kt kg encik aku di Perak. Tiba2 kami terserempak dgn famili mak sedara Encik A yg paling tua. Deme sedang membaca yassin dan doa di kubur salah seorang saudara deme. Tiba2 mak sedara (arwah dah) Encik A yg paling tua dlm her 90s kata, "Mah (bukan nama sebenar), deme dah datang dah ni, pegi bancuh kopi deraih!". Mah bukan nama sebenar tu yg sedang dibaca yassinkan tu. Kalau kita nyanyuk tepat pada masanya haruslah dimaafkan. Jangan aplikasikan ini di wad ICU.

~Ada satu lagu indon bunyinya cenggini "ibu2, bapak2, tolonglah aku yg tak laku2..." (aku tak ingat lirik dia). Aku tak paham. Aku benci tapi aku nyanyi juga. Tapi aku rasa itu lebih bagus dari aku nyanyi lagu Sukarnya Menjadi Janda.

~Ada beberapa kategori pekerja yg sepatutnya tidak boleh dapat appraisal cemerlang. Salah satunya berblogging masa tengahari Jumaat.

Di En

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet