Paranoid

"Beh, nasi goreng pattaya satu, mee goreng satu" , kata aku pada brother yg masak ala carte kt resto sebelah opis aku. It was Sunday and damn it, I got to work (as if I've nothing better to do). It supposed to be 'work' but nothing actually to be done, takdek 'customer' gitu and I ended up finished up reading a delicious novel by Judith MacNaught masa kt kaunter (harap2 bos tak baca ni).
Bro tu ulang balik order aku walau aku rasa aku dah ckp cam petir tadi. "So ja kak?" (Satu je kak?). Tanya dia. "Kalau kau nak belanja, akak nak order 10". Annoying juga mamat Patani ni panggil aku "Kak", aku rasa dia lebih tua dr aku je. Eh tak kesahlah, so sweet la 'adik' ni. So, sonang keje aku malam ni, takyah masak dinner, laki takdek keje mlm, tapau kt anak n myself siap2. mentelah pulak lapar giler, I had nothing since bekpes this mornin. Ok, tipu, aku ada makan sikit pau tghari tadi, 2 biji to be exact. Tapi sbb bukan nasi maka tak dikira makan okay.

Lepas amik makanan bungkus tu, aku terus bergerak ke parking. Sebelah tangan aku jinjing tapau food, sebelah jinjing nugget n fries yg aku beli kt Giant sblm tu. Naget n fries tadi budget kalau malas masak masa balik keje minggu ni. Masa nak isi barang kt seat belakang, plastik pembungkus tapauan ter slipped from my fingers. Aku cuba tahan between my leg and kete tapi ia jatuh juga ke jln tar. Shius, there goes my nasi pattaya, dah terbarai nasik dr telur bungkus, dah tak ropa nasi pattaya lagik la. Tapi tak le makanan tu bersepai atas jln tar tu if you must imagine. Suma masih dlm plastik lagik. Tapi aku cuak giler beb. Ok ke rasanya nak makan makanan yg dah terjatuh walau tak kotor ye? I put them back kt seat belakang. As I was driving, aku rasa paranoid. Pernah tak tengok drama swasta atau citer Hindustan yg mana kalau sesuatu benda yg tak elok nak jadik maka adalah adegan cam frame gambar terhempas ke, atau gelas pecah ke masa kt dapur? Ada satu drama tu lagikkan, gulai lemak ketam yg bapak dia beria2 nak makan terhempas sepoyok ke lantai gitu. Last2 bapa dia jalan. Takpun dlm citer hindustan dan Tamil byk gek aku tgk adegan susu dlm cawan besi terhempas ke lantai dlm gerak slow-mo pastu mata si ibu dan isteri tu merah membulat sbb macam dejavu ada benda tak elok jadik kt hero. Atau..arghhhh.... tu pasal aku tak suka aku, imaginasi tahap kronik. Aku cuba jauhkan dr pikiran aku tapi tak dapat. My imagination ran wild. Ya tuhan, aku doa dlm hati jangan la jadik apa2 kt org aku sayang atau I care for. Huh, paranoia giler aku nih!

Terus aku teringat kt dak Ammar. Tghari tadi Ayah dia hantar dia ke rumah Kak Long kt Sungai Buloh. KLK supposed to hantar dia balik kt umah petang/malam ni. Dah senja pun belum sampai, call tak dpt. Hishh cuak. Menjelang 8.30 diorang selamat sampai, syukur alhamdulillah. Utk malam ni sume selamat. Tapi ada satu benda juga yg aku masih rasa paranoia : camana aku boleh habiskan sebungkus nasi pattaya yg pada mulanya aku cuak nak makan tadi? Mungkin aku tak sedar aku tgh makan nasi tu masa aku tengah paranoid bayangkan bukan2 tadi... hemmmm...

Comments

Popular Posts